Thursday 20 October 2011

*cabaran seorang misi*





Profesion jururawat adalah antara profesion yang sentiasa berhadapandengan cabaran dan 
sentiasa berhadapan dengan seribu satu karenah manusia. Oleh itu, bidang perlu mempunyai ciri-ciri tabah, sabar, kuat semangat dan penyayang bagi memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat.Masyarakat selalu mengabaikan perasaan jururawat yang memberikann perkhidmatan kepada mereka tanpa sebarang rungutan. Herdikan dan kata-kata kesat bukan sahaja keluar daripada mulut pesakit, malah ahli keluarga pesakit juga tidak segan silu melemparkan kata-kata negatif kepada jururawat. Selain itu, bekerja tiga syif memerlukan komitmen yang tiggi terutama kepada jururawat yang berkeluarga.Cabaran yang paling getir apabila, para jururawat bersedia apabila diarah berkhidmat di kawasan-kawasan pendalaman yang memungkinkan mereka menaiki bot atau sampan bagi memberikan perkhidmatan.

No comments:

Post a Comment